Sunday 30 June 2013

Rakaman APT Dalam Racangan Tv Al-Hijrah

APT bertuah kerana pihak tv Al-Hijrah telah bersetuju untuk membuat rakaman aktiviti APT untuk dimasukkan ke dalam sebuah rancangan  berbentuk dokumentari Islam yang dipanggil Majalah Islam yang telah disirakan pada 5 Jun 2013. Rakaman tersebut telah dilakukan pada 17 Mei 2013 yang lalu di sekitar kawasan Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Dalam rakaman  tersebut pengasas YDH iaitu Dato Dusuki Ahmad turut serta.

Foto-foto sekitar rakaman:-








Program Ramah Mesra APT Siri 2/2013

Program Ramah Mesra APT Siri 2/2013 telah diadakan pada 27 April 2013 bertempat di Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Program ini diadakan untuk mengagihkan elaun setiap tiga bulan sekali yang diberikan ibu bapa angkat masing-masing kepada APT serta sesi bertanya khabar mengenai APT merangkumi aspek kehidupan harian dan yang paling utama adalah aspek perkembangan semasa pembelajaran di sekolah. Pada program kali ini APT bertuah kerana menerima kunjungan dari Muslimat Bandar Country Home Rawang Selangor. Mereka datang untuk melihat sendiri program-program yang dijalankan oleh Yayasan Darul Hanan (YDH) serta melawat sekitar kawasan Pondok Darul Hanan Tok Selehor.

Foto-foto sekitar majlis:-







Thursday 27 June 2013

Program Ramah Mesra APT Siri 1/2013

Program Ramah Mesra Anak Pintar Tumpat (APT) siri 1/2013 telah diadakan pada 10 Febuari 2013 bertempat di Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Program ini mendapat kerjasama  kumpulan kursus dari INTAN yang terdiri daripada beberapa agensi persekutuan sepeti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Kementerian Pelajaran dan ICU.Mereka mengelar kumpulan mereka sebagai laskar wizurai.

Dalam majlis ini laskar wizurai  membantu YDH dalam memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada APT untuk terus menuntut ilmu dan akan mengubah langskap kehidupan keluarga di masa depan. Selepas program motivasi, pihak YDH mengagihkan elauan bulanan yang diberi oleh ibu/bapa angkat masing-masing kepada semua APT yang hadir.

Foto sekitar majlis:-











Wednesday 26 June 2013

Perkhidmatan Atas Talian (Online)

Untuk kemudahan semua pihak, pihak kami sekarang menyediakan kemudahan perkhidmatan berkaitan dengan YDH secara atas talian (online).


  1. Bagi anda yang ingin menderma/menyumbang kepada YDH boleh klik : http://www.emailmeform.com/builder/form/46ltbwTV8FaDXf0bJdrvef3Y
  2. Bagi anda yang ingin mengambil Anak Pintar Tumpat sebagai anak angkat anda mendaftar di sini: http://www.123contactform.com/form-610532/Daftar-Penderma
  3. Kepada pihak sekolah (keutamaan sekolah menengah) di sekitar Tumpat yang ingin mendaftar pelajar mereka(kategori anak yatim cemerlang akademik) boleh membuat permohonan : http://www.emailmeform.com/builder/form/0D1L9lxQ17Y835V
  4. Kepada guru pemantau Anak Pintar Tumpat boleh memasukkan keputusan peperiksaan terkini pelajar mereka di sini : http://www.emailmeform.com/builder/form/a1MWdon38eyiAaeX80ZuQ3Tj
  5. Permohonan warga emas untuk masuk ke Pondok Darul Hanan Tok Selehor: http://www.emailmeform.com/builder/form/BRKI05aXS8L


Sekitar majlis Anak Pintar Tumpat bersama stesen televisen tempatan.

Tuesday 25 June 2013

Sejarah Penubuhan Yayasan Darul Hanan (YDH)

Selehor adalah sebuah kampung di mukim Sungai Pinang dalam daerah Tumpat Kelantan. Jaraknya dengan bandar Kota Bharu kira-kira 12 km. Pelawat daripada Kota Bharu yang bercadang menziarah Selehor terpaksa melintasi pekan Wakaf Bharu,Kampung Laut dan Kok Keli, kemudiannya baru tiba ke Selehor.

Suatu masa dulu kampung Selehor adalah antara kampung tersohor di Kelantan, kerana adanya sebuah sekolah sistem pondok yang dipimpin oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Othman (1871-1935) yang dikenali ramai dengan nama Tok Selehor. Sekolah pondok didatangi oleh ramai murid dari seluruh negara termasuk juga dari Thailand,Sumatera dan Kemboja. Orang kampung sekeliling juga berkumpul di situ pada setiap hari Selasa untuk mendengar pengajian umum yang disampaikan oleh Tok Selehor.

Sekarang ini pengajian agama menurut sistem sekolah pondok sudah tidak mendapat tempat lagi. di atas keruntuhan itu cucu-cucu dan waris al-Marhum Tok Selehor bermuafakat setuju mendirikan rumah-rumah kecil berbentuk pondok untuk ditempatkan warga tua yang tidak berwaris di atas tapak pondok Tok Selehor itu.

Antara tujuannya:-
  • Membantu warga tua yang tidak berwaris 
  • Memanfaatkan masa lapang mereka dengan aktiviti agama
  • Memberi sokongan emosi dan kauseling
  • Mengukuhkan kegiatan beribadah, riadah dan rekreasi
  • Menanamkan rasa ehsan dan perihatin masyarakat kepada warga tua.
Ternyata usaha kebajikan ini mendapat sokongan ramai, khususnya murid kelas-kelas agama pimpinan Datin Nik Nooraini Yahya (isteri pengasas YDH). Banyaklah bantuan dan derma yang diterima daripada mereka. Maka dirasai ianya perlu diperbesar dan diperindahkan lagi sebagaimana yang ada sekarang.

Anak-Anak Yatim Dan Miskin

Di Kelantan ini ramai anak yatim dan anak-anak miskin. Mereka ini tinggal dengan penuh daif bersama ibu atau datuk atau keluarga terdekat. Bahkan ada yang tidak berkeluarga langsung dan hidup mereka terbiar. Mereka ini dapat dikesan dengan kerjasama erat YDH dengan pihak sekolah.

Sehingga hari ini lebih 2000 anak yatim dan miskin telah dan pernah menerima bantuan dari YDH sejak ditubuhkan. Sekarang seiring dengan peredaran zaman pihak YDH menggelarkan mereka sebagai ANAK PINTAR TUMPAT(APT). Pihak YDH hanya menerima anak-anak yatim yang cemerlang akademik yang mana pemilihan pertama dibuat diperingkat sekolah masing-masing  melalui guru pemantau sebelum diserapkan dalam kumpulan APT.Buat masa ini jumlah APT yang masih menerima bantuan bulan dibawah YDH adalah 150 orang. Setiap tiga bulan sekali pihak YDH akan mengumpulkan mereka di Pondok Tok Selehor bagi mengagihkan bantuan bulanan beserta membuat pemantauan tahap pembelajaran masing-masing.APT mempunyai page sendiri : https://www.facebook.com/pages/Anak-Pintar-Tumpat/375372755868846


YDH bermula pada 17 November 1999 setelah didaftarkan sebagai sebuah yayasan dengan nama Yayasan Darul Hanan. Nombor pendaftarannya 499140-P. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberi kelulusan pelepasan cukai kepada penderma kepada YDH di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai  Pendapatan 1967 berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2000. Ruj LHDN 01/35/42/51/1976.4986

Pengasas Yayasan Darul Hanan
Dato Dusuki Bin Ahmad


Pengerusi Yayasan Darul Hanan
Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki
                           
Anggota Pemegang Amanah YDH
Datin Nik Nooraini Binti Yahya

Beruntung Sebagai Rakyat Malaysia

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurniaNYA yang Maha Berkuasa itu telah mentakdirkan kita sebagai rakyat di bumi Malaysia ini, iaitu sebuah negara yang memiliki tuah yang tidak ada pada kebanyakan negara Islam yang lain.

Rakyatnya dari semua golongan, dari kota sampai ke kampung, semuanya dapat menikmati keamanan dan keselesaan. Tidak ada bala bencana alam dan tidak ada perang yang menyulit dan menghuru harakan keadaan.

Keamanan dan keselesaan ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada pemimpin -pemimpin menjalankan tugas mereka dengan lebih sempurna. Pemimpin politik dengan kuasanya,pegawai dengan pentadbirannya,ulama dengan ilmunya dan orang kaya dengan hartanya. Semuanya berperanan kepada satu tujuan iaitu untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


  • Tidak ada kesusahan melainkan disenangkan
  • Tidak ada kesempitan melainkan dilapangkan
  • Tidak ada kegelisahan melainkan ditenangkan
  • Tidak ada kemiskinan melainkan dikayakan
  • Tidak ada kejahilan melainkan diilmukan                  
Namun demikian masih ada juga sebilangan kecil dikalangan kita golongan yang kurang bernasib baik. Mungkin kerana hilang keupayaan bekerja atau hilang tempat pergantungan atau umur sudah meningkat tua, tidak ada anak dan waris yang sanggup menjaga atau sebagainya.

Golongan yang tidak bernasib baik ini tidak terbiar dan terlantar. Ada sebilangan orang kaya dan golongan berada dikalangan kita yang mempunyai rasa tanggungjawab sosial yang tinggi. Ada perasaan kasihan belas dan ihsan kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.

Orang kaya dikalangan kita sering mengagihkan sebahagian kecil daripada kemewahan mereka kepada golongan yang tidak bernasib baik. Mereka sedar bahawa harta mereka adalah amanah ALLAH dan sebahagian kecil daripada harta itu adalah milik golongan tidak bernasib baik. Lalu mereka pun menghulurkan derma dan bersedekah jariah kepada warga tua yang tidak berwaris, kepada anak-anak yatim dan miskin.

Pengalaman penubuhan Yayasan Darul Hanan di Pondok Tok Selehor ini telah membuktikan demikian. Kemudahan-kemudahan asas yang ada di sini, pondok-pondok,asrama lelaki dan perempuan,masjid,dewan serbaguna dan lain-lain sebahagian besar perbelanjaannya adalah derma daripada orang kaya yang berkenaan. Begitu juga habuan bulanan kepada anak-anak yatim (Anak Pintar Tumpat) dibawah kelolaan Yayasan Darul Hanan.