Saturday 28 December 2013

Pengagihan Bantuan Persekolahan Sesi 2014

Alhamdulillah selesai sudah membuat pengagihan bantuan persekolahan sesi 2014 kepada 26 orang pelajar dalam kategori yatim/piatu/miskin sekitar Tumpat hasil daripada sumbangan ikhlas dari orang ramai melalui Yayasan Darul Hanan. Setiap pelajar mendapat RM300 seorang. Semoga sesi persekolahan 2014 akan memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar ini dan dapat menjadi pelajar cemerlang nanti.Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang ikhlas membantu. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik kalian. Kami di Yayasan Darul Hanan ingin mengucapkan ribuan terima kasih.


Tuesday 15 October 2013

Majlis Hari Raya Aidil Adha Yayasan Darul Hanan Bersama APT Dan Orang-Orang Tua 2013.

Majlis Hari Raya Aidil Adha anjuran Yayasan Darul Hanan Bersama APT Dan Orang-Orang Tua pada tahun 2013 telah diadakan di dua tempat iaitu di Pondok Darul Hanan Tok Selehor pada hari raya pertama sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan manakala pada hari raya kedua di Pondok Lambor Wakaf Bharu Tumpat sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada semua APT dan orang-orang tua.

Foto sekitar majlis korban:-

Harian Metro keluaran 16 Oktober 2013. Kemeriahan sekitar majlis korban Yayasan Darul Hanan.






















Saturday 12 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kami di Yayasan Darul Hanan ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Thursday 1 August 2013

Majlis Ramah Mesra APT Siri 4/2013

Majlis Ramah Mesra APT  Siri 4/2013 telah diadakan dengan jayanya pada 02 Ogos 2013 bertempat di kediaman pengasas YDH. Pada majlis ini semua APT diberi sumbangan duit dan baju raya setiap seorang. Semoga raya tahun ini APT dapat berhari raya dengan gembira.










Monday 8 July 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak

Kami di Yayasan Darul Hanan (YDH) ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak bulan yang penuh berkat. Marilah kita sama-sama melipat gandakan amal ibadah serta sedekah kita dibulan yang mulia ini. Semoga kita semua diampunkan dosa dan dirahmatiNYA.


Saturday 6 July 2013

Program Ramah Mesra APT Siri 3/2013 Dan Warga Emas

Program Ramah Mesra APT Siri 3/2013 Dan Warga Emas telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai 2013 bertempat di Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Seramai 73 orang APT dan orang warga emas diraikan dalam majlis ini yang dihadiri pengasas YDH iaitu Dato Dusuki Ahmad bersama isteri Datin Nik Noraini. Dalam majlis ini APT diagihkan elaun bulanan dari ibu/bapa angkat masing-masing serta pakaian baru untuk menyambut hari raya nanti. Begitu juga dengan warga emas turut diberi sedikit bantuan kewangan dan pakaian baru untuk menyambut ramadan dan hari raya kelak.


Foto -foto sekitar majlis:-










Sunday 30 June 2013

Rakaman APT Dalam Racangan Tv Al-Hijrah

APT bertuah kerana pihak tv Al-Hijrah telah bersetuju untuk membuat rakaman aktiviti APT untuk dimasukkan ke dalam sebuah rancangan  berbentuk dokumentari Islam yang dipanggil Majalah Islam yang telah disirakan pada 5 Jun 2013. Rakaman tersebut telah dilakukan pada 17 Mei 2013 yang lalu di sekitar kawasan Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Dalam rakaman  tersebut pengasas YDH iaitu Dato Dusuki Ahmad turut serta.

Foto-foto sekitar rakaman:-








Program Ramah Mesra APT Siri 2/2013

Program Ramah Mesra APT Siri 2/2013 telah diadakan pada 27 April 2013 bertempat di Pondok Darul Hanan Tok Selehor. Program ini diadakan untuk mengagihkan elaun setiap tiga bulan sekali yang diberikan ibu bapa angkat masing-masing kepada APT serta sesi bertanya khabar mengenai APT merangkumi aspek kehidupan harian dan yang paling utama adalah aspek perkembangan semasa pembelajaran di sekolah. Pada program kali ini APT bertuah kerana menerima kunjungan dari Muslimat Bandar Country Home Rawang Selangor. Mereka datang untuk melihat sendiri program-program yang dijalankan oleh Yayasan Darul Hanan (YDH) serta melawat sekitar kawasan Pondok Darul Hanan Tok Selehor.

Foto-foto sekitar majlis:-