Mengenai Kami

Yayasan Darul Hanan (YDH) telah didaftarkan sebagai sebuah yayasan pada 17 November 1999 dengan nombor pendaftaran 499140-P beralamat di Pondok Tok Selehor Kampung Kok Pasir 16040 Palekbang Tumpat Kelantan. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberi kelulusan pelepasan cukai kepada penderma kepada YDH dibawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.Ruj LHDN 01/35//42/51/1796.4986. Dua aktiviti utama YDH adalah menjaga kebajikan orang-orang tua tidak berwaris dan anak yatim.
1. Program Warga Emas Tidak Berwaris
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Program ini diwujudkan untuk membantu warga emas yang tidak berwaris yang mana mereka diletakkan di dua pondok iaitu Pondok Tok Selehor dan Pondok Lambor.

2. Program Bantuan Pelajar(PBP) 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Program ini memberi fokus kepada pelajar-pelajar yatim/piatu dengan memberi bantuan bulanan RM100 kepada setiap pelajar terpilih. Setiap pelajar akan diberi seorang ibu/bapa angkat. Pihak sekolah diberi mandat untuk memilih pelajar-pelajar yang layak. Bantuan diberi sehingga tingkatan lima.

3. Program Dermasiswa BAKTI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Program tahunan anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berpotensi untuk cemerlang dalam akademik serta datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Dua orang pentadbir utama YDH merupakan ahli BAKTI. Mereka ialah Dato' Nik Nooraini Yahya dan Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah. Oleh yang demikian 20 orang pelajar tingkatan empat akan dipilih menyertai program ini setiap tahun. Setiap pelajar yang berjaya menyertai program ini akan memperoleh bantuan selama dua tahun.







No comments:

Post a Comment