Tuesday 25 June 2013

Beruntung Sebagai Rakyat Malaysia

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurniaNYA yang Maha Berkuasa itu telah mentakdirkan kita sebagai rakyat di bumi Malaysia ini, iaitu sebuah negara yang memiliki tuah yang tidak ada pada kebanyakan negara Islam yang lain.

Rakyatnya dari semua golongan, dari kota sampai ke kampung, semuanya dapat menikmati keamanan dan keselesaan. Tidak ada bala bencana alam dan tidak ada perang yang menyulit dan menghuru harakan keadaan.

Keamanan dan keselesaan ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada pemimpin -pemimpin menjalankan tugas mereka dengan lebih sempurna. Pemimpin politik dengan kuasanya,pegawai dengan pentadbirannya,ulama dengan ilmunya dan orang kaya dengan hartanya. Semuanya berperanan kepada satu tujuan iaitu untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


  • Tidak ada kesusahan melainkan disenangkan
  • Tidak ada kesempitan melainkan dilapangkan
  • Tidak ada kegelisahan melainkan ditenangkan
  • Tidak ada kemiskinan melainkan dikayakan
  • Tidak ada kejahilan melainkan diilmukan                  
Namun demikian masih ada juga sebilangan kecil dikalangan kita golongan yang kurang bernasib baik. Mungkin kerana hilang keupayaan bekerja atau hilang tempat pergantungan atau umur sudah meningkat tua, tidak ada anak dan waris yang sanggup menjaga atau sebagainya.

Golongan yang tidak bernasib baik ini tidak terbiar dan terlantar. Ada sebilangan orang kaya dan golongan berada dikalangan kita yang mempunyai rasa tanggungjawab sosial yang tinggi. Ada perasaan kasihan belas dan ihsan kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.

Orang kaya dikalangan kita sering mengagihkan sebahagian kecil daripada kemewahan mereka kepada golongan yang tidak bernasib baik. Mereka sedar bahawa harta mereka adalah amanah ALLAH dan sebahagian kecil daripada harta itu adalah milik golongan tidak bernasib baik. Lalu mereka pun menghulurkan derma dan bersedekah jariah kepada warga tua yang tidak berwaris, kepada anak-anak yatim dan miskin.

Pengalaman penubuhan Yayasan Darul Hanan di Pondok Tok Selehor ini telah membuktikan demikian. Kemudahan-kemudahan asas yang ada di sini, pondok-pondok,asrama lelaki dan perempuan,masjid,dewan serbaguna dan lain-lain sebahagian besar perbelanjaannya adalah derma daripada orang kaya yang berkenaan. Begitu juga habuan bulanan kepada anak-anak yatim (Anak Pintar Tumpat) dibawah kelolaan Yayasan Darul Hanan.



No comments:

Post a Comment